Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pentadbiran Venezuela berkata bahawa mereka merancang untuk mengimport lebih banyak petrol dari Republik Islam Iran setelah berjaya menerima lima penghantaran bahan bakar tersebut dari Iran ketika negara Amerika Latin itu berhadapan dengan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengumuman itu dibuat oleh pegawai di pejabat Presiden Venezuela, Nicolas Maduro yang dipetik oleh agensi Argus Media.
Pentadbiran Venezuela membuat kenyataan tersebut selepas Tehran menyatakan kesediaan mereka untuk meneruskan pengiriman bahan bakar ke Venezuela jika Caracas meminta lebih bekalan tambahan.
"Tehran pada hari kelmarin telah membuat tawaran untuk membekalkan lebih banyak petrol dan bahan tambahan kepada Venezuela. Presiden Maduro berkemungkinan besar akan menerima tawaran itu kerana kita sememangnya memerlukan bahan bakar tersebut,” kata seorang pegawai pada hari Selasa.
Pegawai lain mengatakan bahawa pemerintah Venezuela akan meminta bekalan tambahan daru Irandalam beberapa minggu lagi untuk memberi lebih banyak masa kepada syarikat minyak milik negara PDVSA untuk menghidupkan kembali sebahagian daripada kepasiti penapisan mereka. -Press TV
6 Jun 2020 - 15:48
News ID: 1043893
Pentadbiran Venezuela berkata bahawa mereka merancang untuk mengimport lebih banyak petrol dari Republik Islam Iran setelah berjaya menerima lima penghantaran bahan bakar tersebut dari Iran ketika negara Amerika Latin itu berhadapan dengan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).